Isu dengan takrifan Media massa

Pada akhir kurun ke-20, media massa boleh dibahagikan pada lapan industri media massa: buku, majalah, rakaman, radio, wayang, televisen, dan Internet. Dengan ledakan teknologi perhubungan digital pada akhir kurun ke-21 dan awal kurun ke-21, persoalan mengenai media apa yang patut dikelaskan sebagai "media massa" menjadi semakin menonjol. Sebagai contoh, menjadi pertikaian samaada bagi memasukkan telefon bimbit, permainan video dan permainan komputer (seperti MMORPGs) dalam takrifan. Pada 2000-an, pengelasan yang dikenali sebagai "tujuh media massa" menjadi popular. Dalam turutan diperkenalkan, ia adalah:

  1. Cetakan (buku, risalah, surat akhbar, majalah, dsb.) sejak kurun ke-15
  2. Rakaman (rekod gramofon, pita magnet, kaset padat, katrij, CD, DVD) sejak akhir kurun ke-19
  3. Wayang sejak sekitar 1900-an
  4. Radio sejak sekitar 1910
  5. Televiyen sejak sekitar 1950
  6. Internet sejak sekitar 1990
  7. Telefon bimbit sejak sekitar 2000

Setiap media massa memiliki jenis kandungannya sendiri, artis kreatif dan tekniknya sendiri, dan model businesnya sendiri. Sebagai contoh, Internet merangkumi tapak web, blog, podcasts, dan pelbagai teknologi lain yang dibina di atas jaringan agihan umum. Media ke enam dan tujuh, internet dan mudah alih, sering kali secara berkelompok dikenali sebagai media digital; dan yang keempat dan kelima, radio dan TV, sebagai media siaran. Sesetengah mendakwa bahawa permainan video telah membangun menjadi bentuk meida massa yang berbeza.[6]


Rujukan

WikiPedia: Media massa http://www.american-buddha.com/lit.towardsemiologi... http://www.buzzle.com/articles/different-types-of-... http://www.economist.com/node/21541164 http://www.enotes.com/mass-media-reference/mass-me... http://books.google.com/books?id=5z7oAAAAIAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=7HlxQgAACAAJ http://books.google.com/books?id=EPiul5-CxMYC http://books.google.com/books?id=H9u9E2wsVjAC&pg=P... http://books.google.com/books?id=JpcDQeEl-JYC http://books.google.com/books?id=MrlnwlKQDr4C